Saturday 3 June 2017

Kuih Tako Sukatan Cawan
Kuih Tako Sukatan Cawan

Salam, hai korang. Apa menu berbuka hari ni? mesti sedapkan. Ke ada yang masih mencari resepi2 yang sedap. Ha.!! ni ha. kita nak share satu resepi yang sedap, iaitu resepi Kuih Tako Sukatan Cawan, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye.

Resepi Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan

Bahan-bahan Resepi Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan

Bahan lapisan bawah:
30gm tepung Hoen Kwee
90gm gula
300ml air
6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu

Bahan lapisan atas:
270ml santan
20gm gula
20gm tepung beras
secubit garam
Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan

Cara Cara Masak Resepi Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan

Kuih Tako Sukatan Cawan

Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah ke dalam periuk.

Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.

Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama. Biarkan sejuk dan hidang.

Selamat Mencuba - kuihmuihtrational.blogspot.my

Friday 2 June 2017

Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan
Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan

Salam, hai korang. Hari ni kita share salah satu resepi tradisional iaitu resepi Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye.

Resepi Kuih Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan

Bahan-bahan Resepi Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan

1 bungkus tepung beras
1 bungkus kecil jintan manis - kisar kasar
1 bungkus kecil jintan putih - kisar kasar
1 bungkus kecil biji ketumbar - kisar kasar
100 gram Ikan bilis - dibelah dua
1 biji kelapa - 4-5 cawan santan cair (buat lebih sebab akan digunakan untuk tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang mendap/ mendak)
1 sudu teh kapur makan
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 sudu teh gula
1/2 kilo kacang tanah atau lebih..
minyak untuk goreng terendam

Cara Cara Masak Resepi Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan


1. Bersihkan dan toskan kacang tanah hingga kering. Kalau lembap nanti kacang tanah kurang rangupnya.

2. Basuh rempah-rempah dan kisar kasar. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk, gaul sebati dengan tangan semua bahan yang telah dikisar bersama tepung beras, kapur makan, gula dan garam. Kemudian baru masukkan santan. Adun dan kacau lagi bancuhan tepung beras dan bahan-bahan tadi hingga kelihatan cair. Jika terlalu pekat, tambahkan santan lagi.

4. Anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar.

5. Ok. Bila nak mula menggoreng, buat satu mangkuk bancuhan yang lain untuk mudah kita jaga pekat/cairnya bancuhan tersebut. Jika adunan agak pekat/mendap, tambahkan lagi santan dari semasa ke semasa.

6. Ambil sesudu bancuhan, masukkan kacang tanah dan ikan bilis di dalam sudu. Layangkan di tepi kuali. Ikut kreativiti sendiri. Biar adunan melorot ke dalam minyak.

7. Biar seminit, lepas itu terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Bila goreng rempeyek kacang tanah, sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup dan masak sempurna. Api kena jaga, jangan besar. bila permukaan berkacang sudah kecoklatan, baru terbalik kan.

8. Bila kacang telah garing, boleh lah diangkat dan ditoskan rempeyek tersebut. Bila dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara @ tin.

Selamat Mencuba - kuihmuihtrational.blogspot.my

Thursday 1 June 2017

Kuih Abok Abok Sukatan Cawan
Kuih Abok Abok Sukatan Cawan

Salam, hai korang. Sapa boleh bgt kita kuih ni asa dari mana? sedap la, kita beli kat bazar ramadhan td, lupa lak tanya makcik tu asal resepi ni. Resepi yang di maksudkan iaitu resepi Kuih Abok Abok Sukatan Cawan, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye.

Resepi Kuih Abok Abok Sukatan Cawan

Bahan-bahan Resepi Kuih Abok Abok Sukatan Cawan

140 grm sagu biji
130 grm kelapa parut putih
100 grm gula melaka dihiris halus
3 helai daun pandan potong 3cm kecil
20 helai daun pisang lebar 20cm x 15cm
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa.

Cara Cara Masak Resepi Kuih Abok Abok Sukatan Cawan


1. Letakkan sagu di dalam penapis dan kocak di bawah air paip tapi jangan terlalu lama kerana ia akan kembang.

2. Isikan sagu di dalam mangkuk, campurkan dengan garam dan kelapa parut.

3. Sapukan sedikit minyak pada sehelai daun pisang dan bentukan seperti kon.

4. Masukkan 2 sudu makan campuran sagu daun pisang, kemudian taburkan gula melaka dan tutup sedikit lagi dengan campuran sagu.

5. Bubuh sehelai daun pandan di atas sekali, lipat untuk menutupnya dan semat dengan lidi. Susun di dalam pengukus dan kukus selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba - kuihmuihtrational.blogspot.my

Wednesday 31 May 2017

Kuih Bakar Sukatan Cawan
Kuih Bakar Sukatan Cawan

Salam, hai korang. Aduh, bila tengok gambar ni, teracun kita, kita memang sukakan kuih ni. This is one my feveret taw. Resepi Kuih Bakar Sukatan Cawan, Jangan lupa try taw. sedapppp Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye.

Resepi Kuih Bakar Sukatan Cawan

Bahan-bahan Resepi Kuih Bakar Sukatan Cawan

- 210g Tepung Gandum
- 1tsp garam
- 3biji telur
- 180g gula caster
- 400ml air
- 30g daun pandan (kisar dan tapis)
- 250ml santan
- Perwarna hijau
- Bijan secukupnya

Cara Cara Masak Resepi Kuih Bakar Sukatan Cawan


Satukan semua bahan diatas dan kacau sebati

Panaskan acuan yang telah disapu minyak, dan tuang adunan.

Hiaskan dengan bijan dan bakar 180c sekama 1` jam

Selamat Mencuba - kuihmuihtrational.blogspot.my

Tuesday 30 May 2017

Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan
Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan

Salam, hai korang. Kuih ni kita tak taw asal dari mana. Tapi memang sedap, serupa kuih keria atau kuih gelang. So hari ni kita share salah satu resepi tradisional iaitu resepi Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye.

Resepi Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan

Bahan-bahan Resepi Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan

4 – 5 biji ubi keledek (saiz sederhana)
gandum – secukupnya
Inti: gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Cara Masak Resepi Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan


Rebus keledek sehingga lembut dan kupas kulitnya.

Tumbuk atau lenyek selumat-lumatnya dan kemudian campurkan gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tapi jangan terlebih gandum, nanti cekmek akan jadi keras.

Bulatkan doh kecil2 dan leperkan dengan tangan, kalau melekat taburkan sedikit gandum di tangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur.

Gula mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak manis, letak sedikit sahaja. Goreng dan minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Selamat Mencuba - kuihmuihtrational.blogspot.my
Kuih Koci Sukatan Cawan
Kuih Koci Sukatan Cawan

Salam, hai korang.Salah satu kuih tradisonal feveret kita ada kuih koci. Korang tahu tak macam mana nak buat nya? ha! jangan risau kita nak share ngan korang macam mana nak buat resepi ni. So hari ni saya nak share resepi Kuih Koci Sukatan Cawan, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye.

Resepi Kuih Koci Sukatan Cawan

Bahan-bahan Resepi Kuih Koci Sukatan Cawan

Bahan untuk Doh
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air

Bahan untuk Inti
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

Bahan lain
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara Cara Masak Resepi Kuih Koci Sukatan Cawan


1. Untuk Inti:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

2. Untuk Doh:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

3. Untuk membuat kuih koci:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. Kemudian lipat seperti biasa.

5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2


Selamat Mencuba - kuihmuihtradisional.blogspot.com.

Monday 22 May 2017

Kuih Tepung Bungkus Mudah
Kuih Tepung Bungkus Mudah

Kuih Tepung Bungkus Mudah


Salam, hai korang. Selamat petang, Apa kabasr semua? sihat hari ni? Ada pengemar kuih-kuih tradisional tak? kenal tak dengan kuih gambar diatas? Ini adalah kuih tepung bungkus. Salah satu feveret saya dan suami ni. So hari ni saya nak share resepi Tepung Bungkus Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Tepung Bungkus Simple

Bahan-bahan Resepi Tepung Bungkus Simple

Bahan untuk adunan tepung

1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan

Bahan untuk inti kelapa

3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan

Cara Cara Masak Resepi Tepung Bungkus Simple

Cara membuat adunan tepung

1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.

2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.



Cara membuat inti kelapa

1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak

2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.

3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.

4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.



Cara membungkus kuih tepung bungkus

1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.

2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.

3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.

4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.

5. Kukus selama 20-25 minit.

6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba - kuihmuihtradisional.blogspot.com.