Resepi Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan
Bahan-bahan Resepi Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan
4 – 5 biji ubi keledek (saiz sederhana)gandum – secukupnya
Inti: gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara Cara Masak Resepi Kuih Cek Mek Molek Sukatan Cawan
Rebus keledek sehingga lembut dan kupas kulitnya.
Tumbuk atau lenyek selumat-lumatnya dan kemudian campurkan gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tapi jangan terlebih gandum, nanti cekmek akan jadi keras.
Bulatkan doh kecil2 dan leperkan dengan tangan, kalau melekat taburkan sedikit gandum di tangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur.
Gula mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak manis, letak sedikit sahaja. Goreng dan minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Selamat Mencuba - kuihmuihtrational.blogspot.my
0 comments: