Friday 2 June 2017

Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan

Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan

Salam, hai korang. Hari ni kita share salah satu resepi tradisional iaitu resepi Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye.

Resepi Kuih Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan

Bahan-bahan Resepi Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan

1 bungkus tepung beras
1 bungkus kecil jintan manis - kisar kasar
1 bungkus kecil jintan putih - kisar kasar
1 bungkus kecil biji ketumbar - kisar kasar
100 gram Ikan bilis - dibelah dua
1 biji kelapa - 4-5 cawan santan cair (buat lebih sebab akan digunakan untuk tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang mendap/ mendak)
1 sudu teh kapur makan
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 sudu teh gula
1/2 kilo kacang tanah atau lebih..
minyak untuk goreng terendam

Cara Cara Masak Resepi Rempeyek Bilis Rangup Sukatan Cawan


1. Bersihkan dan toskan kacang tanah hingga kering. Kalau lembap nanti kacang tanah kurang rangupnya.

2. Basuh rempah-rempah dan kisar kasar. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk, gaul sebati dengan tangan semua bahan yang telah dikisar bersama tepung beras, kapur makan, gula dan garam. Kemudian baru masukkan santan. Adun dan kacau lagi bancuhan tepung beras dan bahan-bahan tadi hingga kelihatan cair. Jika terlalu pekat, tambahkan santan lagi.

4. Anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar.

5. Ok. Bila nak mula menggoreng, buat satu mangkuk bancuhan yang lain untuk mudah kita jaga pekat/cairnya bancuhan tersebut. Jika adunan agak pekat/mendap, tambahkan lagi santan dari semasa ke semasa.

6. Ambil sesudu bancuhan, masukkan kacang tanah dan ikan bilis di dalam sudu. Layangkan di tepi kuali. Ikut kreativiti sendiri. Biar adunan melorot ke dalam minyak.

7. Biar seminit, lepas itu terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Bila goreng rempeyek kacang tanah, sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup dan masak sempurna. Api kena jaga, jangan besar. bila permukaan berkacang sudah kecoklatan, baru terbalik kan.

8. Bila kacang telah garing, boleh lah diangkat dan ditoskan rempeyek tersebut. Bila dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara @ tin.

Selamat Mencuba - kuihmuihtrational.blogspot.my
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: